BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project
User
Cikgu Khairul
User since February 2018
Not contributed to any projects and created 1 project
Cikgu Khairul has not contributed to any project yet.

Menginjak ke tahun 2018, ia memasuki tahun ke-enam berkhidmat sebagai seorang pendidik di bumi pedalaman. Kalau diikutkan pengalaman, masih lagi mentah dan perlu lebih bayak untuk belajar. Tidak pernah terlintas untuk saya berkhidmat dibumi pedalaman ini. Bahkan tidak pernah terbayang masih wujud persekitaran dan keadaan sekolah yang sebegini rupa.

Berkhidmat di bumi pedalaman banyak mengajar saya erti kehidupan. Banyak mengajar erti bersyukur. Banyak mengajar erti kesabaran. Berada di kawasan yang terlalu asing yang mana Bahasa Melayu bukan bahasa utama pertuturan. Pergaulan guru murid sangat terhad. Pada awalnya itu, semangat semakin luntur. Perjalanan yang mengambil masa 7-8 jam dari Miri untuk sampai ke sekolah dengan menggunakan jalan balak sangat sukar untuk diterima. Tapi bak kata pepatah, “alah bias, tegal biasa”. Peredaran masa sangat pantas dan semuanya seakan sebati dengan diri ini. Demi membantu murid, saya yakinkan diri untuk mempelajari bahasa kenyah yang mana merupakan bahasa yang terlalu asing bagi diri ini. Namun kini saya boleh berbangga kerana menjadi satu-satunya guru dari semenanjung yang fasih berbahasa Kenyah di kawasan ini.

Mengajar di sekolah ini banyak memberi saya pengetahuan baru. Anak-anak seusia 7 tahun sudah berjauhan dengan ibu bapa kerana harus menetap di asrama tak kala anak-anak bandar seusia ini masih merengek untuk sesuatu yang tidak penting. Anak-anak disini tidak pernah merungut dengan apa yang ada. Menerima segalanya dengan senyum tawa. Senyuman yang saya rasakan tidak ternilai walaupun dalam keperitan.

Saya percaya dalam diri anak-anak ini, datang sekolah adalah untuk menimba ilmu demi kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Ayat ini juga yang selalu saya ucapkan kepada anak-anak untuk membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Disaat melihat anak-anak berpakaian lusuh datang pada hari pertama persekolahan, terdetik hati saya untuk membantu. Namun saya tahu, saya tidak mampu untuk melakukannya bersedirian. Saya memerlukan sokongan dan bantuan dari semua pihak. Saya cuba wujudkan dana diperingkat sekolah, namun ianya tidak memadai.

Terlintas dihati saya untuk menggunakan media sosial kerana saya tahu betapa berkuasanya media sosial pada hari ini. Jadi dengan menggunakan akaun Twitter, saya cuba memohon bantuan. Saya menceritakan serba sedikit keadaan ini. Dan disinilah saya menemui 100% project. Dan saya yakin, disinilah permulaan yang terbaik untuk saya. Saya percaya, dengan bantuan dan sedikit sokong, projek ini akan berjaya.