BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project
User
Nurul Asyikin Mat Jin
User since May 2017
Not contributed to any projects and created 1 project
Nurul Asyikin Mat Jin has not contributed to any project yet.

Hi! saya cikgu Syikin, yang mengajar matapelajaran Matematik dan Pertanian di sebuah sekolah luar bandar yang lebih dikenali sebagai SMK Chinta Mata Tenom. Saya merupakan guru tetap di sekolah ini yang dilantik pada bulan Ogos 2016 yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian yang mengambil minor Matematik dan Major Sains Pertanian.

Kini, bila berada di SMK Chinta Mata, major saya adalah Matematik kerana saya mengajar Matematik sebanyak 4 kelas iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Manakala saya mengajar matapelajaran Pertanian Tingkatan 5 sahaja.

Sejak dari kecil lagi impian saya adalah menjadi seorang guru. Sekarang, walaupun impian saya sudah tercapai, namun saya mempunyai impian untuk mendidik para pelajar saya sehingga mereka dapat melangkah ke Alam Universiti walaupun kedudukan sekolah kami adalah jauh dari bandar. Saya suka mengajar mereka dengan pelbagai cara mengikut panduan Kaedah Pembelajaran Abad ke-21. Saya berharap agar semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya dapat membantu para pelajar saya untuk belajar dengan lebih berkesan walaupun belajar dari rumah.