BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project
User
Cikgu Siti Sariyana
User since July 2016
Not contributed to any projects and created 2 projects
Cikgu Siti Sariyana has not contributed to any project yet.

Nama saya ialah Siti Sariyana atau nama pena anayiras_itis. Saya merupakan guru Penyelaras Sarana SK Sungai Abong dan telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2015 setelah berpindah dari Kuala Lumpur ke Muar, Johor. Melihat latar belakang murid dan keadaan persekitaran di sini, saya menyimpan satu cita-cita untuk membantu sekolah membangunkan prasarana sekolah supaya murid di sini dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang lebih kondusif. Saya berasa puas apabila melihat murid saya dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang selesa.

Sebagai guru dan penyelaras, saya rasa amat bertanggungjawab terhadap kebajikan terhadap anak–anak murid saya. Sebelum ini, saya telah berjaya mengumpul dana melalui 100% Project untuk menjayakan pembinaan Projek Serambi Ilmu. Projek tersebut adalah untuk memupuk minat membaca yang berterusan dalam kalangan anak – anak murid SK Sungai Abong.

Saya juga bercita–cita untuk menjadikan SK Sungai Abong sebagai sebuah sekolah yang dikenali dan menjadi hub bagi pelbagai aktiviti samada hub akademik, ko-kurikulum dan lain-lain lagi. Melihat keadaan gelanggang yang sangat daif dan memerlukan penyenggaraan, saya cuba sedaya upaya mendapatkan dana daripada pelbagai pihak. Saya amat berharap usaha murni ini berjaya. Apa yang saya lakukan segalanya adalah untuk SK Sungai Abong. Saya amat berharap agensi dan syarikat–syarikat ternama di Malaysia dapat menghulurkan bantuan. Semoga harapan dan impian anak–anak murid saya tercapai. Terima kasih tidak terhingga.