BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

Create wonder and challenge students to develop their portential at an orang asli student community on Pulau Mantanani, Sabah

Read More
0
contributions
RM0
out of RM7,046 raised
0
seconds to go
Create wonder and challenge students to develop their portential at an orang asli student community on Pulau Mantanani, Sabah

Funds required / Dana diperlukan: RM 7,046

No. of students impacted / Bil. murid diimpak: 143 students (whole school)

Name of school / Nama sekolah: SK Pulau Mantanani, Kota Belud

State / Negeri: Sabah

English version below*

Saya ingin membuka minda dan meluaskan perspektif dunia murid-murid saya di Pulau Mantanani. Murid-murid saya berasal dari komuniti yang sungguh biasa dengan gaya hidup pulau dan ia sukar bagi mereka untuk membayangkan masa depan yang berlainan. Mereka jarang bercita-cita tinggi mahupun percaya bahawa mereka mampu mencapai kegemilangan.

Sebagai seorang guru Sains dan guru penasihat Kelab Alam Sekitar, saya percaya bahawa saya berada dalam posisi yang sungguh strategik untuk memainkan peranan untuk memupuk sifat ingin tahu dan pemikiran kritikal di kalangan anak didik saya.

Sememangnya, dengan penghargaan untuk pengetahuan sains dan kepentingan hidup harmoni serta pemeliharaan alam sekitar, harapan saya adalah murid-muridnya dapat memahami peranan mereka dalam dunia ini dan akan berkeinginan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Masalahnya, kekurangan peralatan dan lokasi komuniti yang jauh dari bandar menjadi rintangan kepada usaha saya untuk menjalankan aktiviti hands-on dan untuk mendedahkan murid-murid kepada perkembangan dunia dan topik-topik pengetahuan am.

Sekolah mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan bilangan murid pada tahun itu seramai 19 orang dengan kekuatan seorang saja guru. Hari ini, kami ada 143 orang pelajar dan 11 orang guru. Murid terdiri daripada suku Ubian dan beragama Islam semuanya. Kepesatan pembangunan zaman kini tidak dapat dirasai oleh pelajar kini di Pulau Mantanani disebabkan oleh kesukaran untuk sampai ke pulau yang mengambil masa 2 hingga 3 jam perjalanan menyebabkan kemudahan yang sampai di sekolah amatlah terhad. Keadaan ini turut menyebabkan murid terus ketinggalan dalam pelajaran.Buktinya keputusan peperiksaan UPSR setiap tahun merosot malahan berada di kedudukan tersorot di Malaysia.

Namun begitu, saya tahu bahawa murid-murid mampu berjaya dan belajar dengan lebih baik jika diberi aktiviti yang lebih hands-on. Mereka ini memang giat mengambil bahagian dan minat dalam aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh sekolah.

Saya ingin menyemaikan keinginan untuk bertanggungjawab ke atas masa depan sendiri.

Bermula Januari 2017, SK Pulau Mantanani telah menubuhkan Kelab Alam Sekitar. Aktiviti yang dirancang oleh Kelab Alam sekitar banyak dibantu NGO. Antaranya termasuk Reef Check, Camp Borneo dan sebagainya. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti penanaman terumbu karang, penanaman sayur hijau, taklimat hutan rimba, aktiviti laut dan banyak lagi. Saya sendiri juga giat memperkenalkan sayur-sayuran dan tanaman yang baru kepada pelajar saya. Alangkah terkejut saya apabila menyedari bahawa murid-murid ini tidak pernah makan kacang panjang mahupun sayur kubis!

Saya ingin memberikan lebih banyak peluang kepada murid-murid saya untuk bertani dan berkebun serta lebih memahami bumi yang menampung kewujudan kita.

Melalui matapelajaran Sains, saya ingin memupuk pemikiran kritikal dan saintifik dalam murid-murid saya. Saya ingin kongsikan dengan mereka perkembangan dunia dan menunjukkan peluang untuk memajukan diri sendiri.

Bagi matapelajaran yang memerlukan bahan sebagai eksperimen, saya menghadapi pelbagai kekangan untuk mengadaptasikan eksperimen. Tambahan pula, ketiadaan makmal membuatkan pengajaran Sains hanya dapat dijalankan secara tradisional iaitu "chalk and talk" sahaja. Dengan bantuan kelengkapan makmal dan kemudahan projektor, saya berharap anak-anak murid saya dapat merasai pembelajaran sains yang lebih bemutu kelak.

Saya berharap anda semua dapat menyokong inisiatif saya dan naiktarafkan kelengkapan di sekolah saya agar murid-murid di SK Pulau Mantanani tidak terus ketinggalan dalam arus pendidikan. Saya yakin dengan pendekatan yang interaktif dan hands-on melalui Sains dan aktiviti luar bilik darjah, murid-murid akan lebih memahami relevan dan keberkaitan subjek-subjek lain untuk perkembangan minda dan kendiri mereka.

Yang benar,
Cikgu Danny

**

I want to widen the worldview and perspective of my students at Pulau Mantanani. My students come from a community that is used to the island life and where it is challenging to imagine a future other than what they see immediately around them. It is rare for them to dream of big ambitions or even be convicted that they can achieve great and wonderful things.

As a Science teacher and the advisor of the Nature Club, I believe that I am in a unique and strategic position to cultivate curiosity and critical thinking among my students.

Indeed, with a deep appreciation of scientific knowledge and of the importance of living harmoniously and preserving the environment, my hope is that my students will come to understand their role in the world and would want to contribute meaningfully to their community and to their country.

Unfortunately, the lack of amenities and the location of the community which is far off from the city is a great barrier to conduct hands-on activities and to expose my students to world development and general knowledge.

When the school was first started in 1965, it had only 19 students and 1 teacher. Now we have 143 students and 11 teachers. All our students are from the Ubian tribe and practice the Muslim faith. The hustle and bustle of a developing nation cannot be felt from Pulau Mantanani where it is remote, and students take 2 to 3 hours to get to school because of poor transportation systems. This also contributes to the schools worsening academic achievements. In fact, our UPSR results is one of the worst in Malaysia.

Nevertheless, I know that my students can succeed and learn better when they are actively involved. In fact, they are always interested and engaged in any activities that the school has planned for them.

I want to instill in my students a sense of responsibility over one's own future.

Since the beginning of 2017, our school has started a Nature Club with much help from local NGOs such as Reef Check and Camp Borneo. We've gotten the students to plant corals, grow vegetables; we've introduced them to the different parts of a forest, organised water activities and so on. I've also tried to teach them to garden and grow some vegetables. Imagine my surprise when I learned that they've never eaten long beans or cabbage!

I really want to give them more opportunities to plant their own food and understand better the earth that supports their livelihood.

Through my Science subject, I want to cultivate critical and scientific thinking among my students. I want to share with them world developments and expose them to opportunities to better themselves.

For a subject that requires a lot of experiments, I find it hard to adapt my lessons due to the lack of facilities. We do not even have a Science lab. Thus, I am currently reduced to the traditional chalk-and-talk. With new apparatus and a projector, I hope to provide more exciting Science lessons for my classes soon.

I really hope you can support me in upgrading the amenities at my school so that the students of SK Pulau Mantanani will not be left behind any more. I am confident that with an interactive and student-centred approach, my students will see the relevance of the subjects they learn in school to their own development.

Sincerely,
Cikgu Danny

Budget


 
Loader
 
Loader
RM0
out of RM7,046 raised
0
contributions
0
seconds to go
This campaign did not reach the minimum RM7,046 2017-10-29 up and was not funded
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2017-08-30 - 2017-10-29 (60 days)