BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

SK Kampong Endah needs funds to furnish its library with more books, shelves and chairs

Read More
1
contributions
RM500
out of RM5,000 raised
28
days to go
SK Kampong Endah needs funds to furnish its library with more books, shelves and chairs

Funds required / Dana diperlukan: RM 5,000

No. of students impacted / Bil. murid diimpak: 264 students (whole school)

Name of school / Nama sekolah: SK Kampong Endah, Banting

State / Negeri: Selangor

Most of my students come from modest backgrounds and cycle about 1 km to school. Our student attendance is at 95%. Some of our students also receive government assistance.

Due to financial constraints, a large majority of our students are only able to read in school because they can’t afford to buy their own.

Our school library is, frankly speaking, boring due to insufficient funds to make it more engaging. I need to make it a more inviting and comfortable space to ensure my students consistently come to read. At this time, we do not have enough tables and chairs for reading and there are no informational materials to be put up on the walls.

The school’s annual allotment is only RM2,000 with much of it going to running programmes such as library week. I was only able to use RM600 to get four (4) sets of books. These funds were only for books which were expensive but we still have insufficient books in our library.

In fact, we still have two empty racks just waiting to be filled with books.

As it stands, the library is used on a schedule-basis. Activities done in that time are reading, drawing and writing. Outside this schedule, there are very few students that will visit the library.

Our students do have a reading habit and like learning as a way to see the world.

With an improved library, they will be able to access all kinds of new knowledge while also complementing their classroom learning. My students very much feel the same way regarding the lack of reading materials. Students have to be exposed to learning through reading books as well as through the internet.

For the furniture and other materials, I plan to get them through retail shops. Books on the other hand, I will get from book fairs such as the Kuala Lumpur International Book Fair at cheaper prices and in much higher quantities when compared to buying from book suppliers. To be able to acquire all these materials and books, I require resources.

As the library and media teacher, I will be leading this project and will be aided by the Library Committee consisting of 26 other teachers. In the event I am transferred, the school administration and Library Committee teachers are very much committed and will work together to ensure the continuance and success of this project. Our goal is very much the same which is to make the library a centre of knowledge for the members of SK Kampong Endah.

I propose to acquire furniture that will create an attractive 21st-century learning space like that which has been called for by the Ministry of Education (MoE). We will have themed corners that will inform students with new knowledge. The books we will be acquiring such as the Big Book will be appropriate for their reading levels and allow weaker readers to be able to use them as well. Facilities such as an internet area will widen the education scope of students and ease teaching in the library.

These proposed improvements along with an area where students can make performances will allow the library to be utilised fully by teachers and students alike to effectively acquire knowledge and to showcase their talents.

This project will improve the library environment into a more conducive and comfortable space for the use of out students. This will attract students to read, have discussions, share ideas and also make performances. Students will also use the library more consistently and the facilities there in order to read, search for information for their assignments and make them more knowledgeable and be able to excel in their academics.

Sincerely,

Cikgu Salmiza

***

Kebanyakan murid-murid di sini daripada golongan sederhana dan mereka berbasikal ke sekolah lebih kurang 1 km sahaja. Peratus kehadiran murid secara purata 95% dan ada yang menerima bantuan daripada kerajaan.

Oleh kerana kekangan kewangan kebanyakan murid hanya membaca ketika di sekolah sahaja kerana tidak mampu membeli buku di luar.

Perpustakaan saya agak hambar kerana peruntukan keceriaan tidak banyak. Saya perlu wujudkan suasana yang selesa dan ceria untuk murid sentiasa mengunjungi perpustakaan untuk membaca. Buat masa sekarang, kami mengalami kekurangan kerusi dan meja untuk membaca. Bahan bermaklumat untuk menghiasi ruang dinding pula tiada.

Peruntukan untuk setahun sebanyak RM2,000 dan telah digunakan untuk program sekolah seperti minggu pusat sumber. Saya hanya dapat gunakan RM600 untuk membeli empat (4) set buku sahaja. Peruntukan sekolah ini hanya digunakan untuk membeli buku yang sememangnya mahal tetapi buku masih lagi kurang di perpustakaan saya.

Ada dua (2) buah rak yang masih kosong tanpa ada buku untuk diisi.

Buat masa sekarang, penggunaan perpustakaan adalah secara berkala mengikut jadual. Aktiviti yang dilakukan seperti membaca, melukis dan menulis. Di luar jadual ini, memang agak sedikit bilangan pelajar yang akan mengunjungi perpustakaan.

Murid-murid di sekolah ini sememangnya mempunyai tabiat membaca dan sukakan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu mereka dapat membuka dunia di sekeliling mereka.

Berbagai pengetahuan baharu akan mereka dapat dan ia dapat membantu mereka dalam pembelajaran mereka di sekolah. Pelajar-pelajar saya juga berpendapat yang sama mengenai kekurangan bahan bacaan di perpustakaan kami. Murid perlu didedahkan dengan pengetahuan melalui pembacaan buku dan penggunaan internet.

Untuk bahan keceriaan perpustakaan dan perabot saya bercadang untuk membeli di kedai. Buku-buku pula boleh dibeli di pameran buku seperti pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur dengan harga yang lebih murah dan kuantiti lebih banyak berbanding membeli daripada pembekal buku. Untuk mendapatkan semua bahan dan buku ini, saya perlukan dana untuk menceriakan perpustakaan kami.

Saya sebagai guru perpustakaan dan media akan mengetuai projek ini dan akan dibantu oleh ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS) yang terdiri daripada 26 orang guru. Dalam situasi saya dipindahkan, barisan pentadbir dan guru-guru jawatankuasa PSS sangat komited dan saling bekerjasama. Mereka akan menyambung projek ini dan memastikan ia berjaya kerana matlamat kami sama untuk menjadikan perpustakaan gedung ilmu pengetahuan buat semua warga SK Kampong Endah.

Cadangan saya adalah kelengkapan perabot yang dibeli dapat mewujudkan suasana perpustakaan abad ke-21 seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan suasana yang lebih ceria dan menarik. Sudut-sudut bertema dapat memberi infomasi yang baharu kepada murid. Buku yang sesuai dengan tahap mereka seperti Big Book (yang masih kurang) dapat digunakan untuk murid yang lemah membaca. Kemudahan seperti ruang internet dapat meluaskan skop pembelajaran murid dan memudahkan guru mengajar di dalam perpustakaan.

Semestinya perubahan seperti ada ruang pameran bertema, sudut persembahan dapat digunakan sepenuhnya oleh guru dan murid untuk mendapatkan ilmu dan menunjukkan bakat mereka dengan lebih efektif.

Projek ini akan dapat menambah baik suasana perpustakaan untuk menjadi lebih kondusif dan selesa untuk kegunaan pelajar-pelajar. Persekitaran yang kondusif dapat menarik minat murid membaca, mengadakan perbincangan maklumat, membuat persembahan pentas dan berkongsi idea secara kolaborasi.

Saya berharap projek ini dapat menarik minat murid untuk sentiasa mengunjungi perpustakaan dan menggunakan kemudahan yang ada seperti komputer secara semaksimanya untuk membaca buku, mencari info dan melayari internet dalam menyiapkan tugasan dan menjadikan mereka lebih berpengetahuan dan cemerlang dalam bidang akademik.

Dengan ikhlas,

Cikgu Salmiza

Budget

 
Loader
 
Loader
RM500
out of RM5,000 raised
1
contributions
28
days to go
Fund this project
Online
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2018-03-20 - 2018-05-19 (60 days)