LoginHelp
Back

Malay version at the end/ Versi Bahasa Malaysia di bawah

Funds requires/ Dana diperlukan: RM 7300
No. of students impacted/ Bil. murid diimpak: 478
Name of school/ Nama sekolah: SK Kg. Dato’ Ibrahim Maji
State/ Negeri: Johor

My school is a primary school located at Johor where the majority of the students come from nearby villages. My school is actively involved in the Teachers and Community Involvement initiative and has been awarded as the "Icon School" for the above-mentioned initiative for the area of Kluang (2015/2016). The chairman of our Parent Teacher Association (PTA) has also been awarded as the "Icon Person" for the PTA of Kluang (2015/2016). This school has cooperated with many external agencies to help the school leap towards a higher level.

Read Cikgu Idris' blog post about the Frog Classroom Makeover here

Click on the image above to read Cikgu Idris' blog post on the Frog Classroom Makeover

This school uses the FROG VLE platform during lessons to create an interactive learning environment that can help the students to learn better and more effectively. We are one of the schools that consistently achieve the monthly KPI (Key Performance Indicator) set by the Ministry of Education to use the Frog VLE platform in teaching and learning sessions.

Since most of our students are from villages, Internet facility is a new experience for them. We already have a computer lab where ICT lessons are carried out. However, one computer lab has to accommodate all 478 students in the school. This forces us to rotate the usage of the computer lab between classes and this limits the opportunity for students to experience ICT-based learning. Therefore, the reason we want to transform one of the classrooms in this school into a "Frog Classroom" is because we believe that our students really need a well-equipped classroom with proper facilities to allow a new and fun learning experience for them. This will also further motivate the students to learn and increase their understanding on the syllabus taught.

With that in mind, I hope that you will help donate and contribute to this project. Any amount of funds is greatly appreciated!

Yours sincerely,

Cikgu Idris

***


Sekolah saya merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Johor di mana majoriti murid-murid datang dari kampung-kampung berhampiran. Sekolah ini merupakan sekolah yang aktif dalam inisiatif Pelibatan Guru dan Komuniti (PIBK) dan telah dianugerahkan sebagai Sekolah Ikon PIBK Daerah Kluang 2015/2016. Yang Dipertua PIBG Sekolah juga turut mendapat anugerah Ikon YDP PIBG Daerah Kluang 2015/2016. Sekolah ini banyak bekerjasama dengan agensi luar untuk membantu melonjakkan sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Baca blog post Cikgu Idris mengenai Frog Classroom Makeover di sini

Klik pada imej di atas untuk membaca blog post Cikgu Idris berkenaan Frog Classroom Makeover

Sekolah ini menggunakan platform Frog VLE semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Kami merupakan salah satu sekolah yang konsisten setiap bulan mencapai KPI (Key Performance Indicator) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk penggunaan platform Frog VLE dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Melalui sesi pengajaran yang interaktif, murid-murid boleh belajar dengan lebih seronok dan berkesan.


Memandangkan kebanyakan murid kami datang dari kampung, fasiliti Internet merupakan satu pengalaman baharu bagi mereka. Kami telahpun mempunyai sebuah makmal komputer di mana sesi Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan ICT dijalankan. Namun begitu, penggunaannya yang terpaksa digilirkan antara kelas menyebabkan peluang murid untuk masuk dan belajar berbantukan ICT terhad setiap minggu. Sebab itulah kami mahu mengubah salah satu bilik darjah di sekolah ini untuk menjadi Frog Classroom adalah kerana kami percaya bahawa murid-murid kami amat perlukan fasiliti dan prasarana yang kondusif yang akan dapat mewujudkan suasana serta pengalaman baharu dan menyeronokkan untuk murid-murid. Murid-murid juga akan lebih bermotivasi untuk belajar dan juga dapat lebih memahami sukatan pelajaran.

Oleh itu, saya berharap agar kalian semua akan membantu memberi sumbangan kepada projek ini. Sebarang sumbangan amatlah dihargai!

Yang benar,

Cikgu Idris


Budget

Back