LoginHelp
Back

Edit: Thank you very much for all your support. Due to the overwhelming success of this campaign, I have decided to extend it to also raise funds to buy sports uniforms for each of my students (Addendum to the budget can be seen below).

Edit: Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Disebabkan betapa berjayanya kempen ini, saya telah membuat keputusan untuk menyambung kempen untuk mengumpul dana lagi bagi membeli pakaian sukan untuk setiap murid saya (Budget tambahan dapat dilihat di bawah).

Total Funds Needed / Jumlah Dana Diperlukan: RM 3,293

Phase 1 / Fasa 1: RM1,940

Phase 2 / Fasa 2: RM1,353

No. of Students Impacted / Bil. murid diimpak: 41 (whole school)

Name of School / Nama Sekolah: SK Long Palai, Baram

State / Negeri: Sarawak

***Versi Bahasa Melayu di bawah***

Sekolah Kebangsaan Long Palai, Baram, Sarawak is located roughly 8 hours off-road driving from Miri. The students here are from the families that inhabit the local village here. Most of the parents do not have fixed income jobs and rely largely on foraging to sustain their families. Most of them are farmers while only a small number have permanent jobs.

There are 41 students at the school consisting of 19 boys and 22 girls. They all live in school dormitories so we do not have any absences unless it is due to illness or special matters that need attending to. We also have an excellent zero-truancy record here at our school.

Students regularly depend on the early education aid provided by the government which helps a little in their preparation to face school. However, this isn’t sufficient and most families face difficulties in preparing the complete school gear for their children.

Uniforms require mandatory compliance by all students as directed by the Ministry of Education. Neat uniforms also reflect on the excellence of our students.

Teaching in a rural school has taught me the meaning of gratefulness. The conditions here are vastly different from that of the cities. New uniforms are not a priority and so our students will wear what they have. However, worn and torn clothes and even clothes that barely fit the students anymore are a common sight here even at the beginning of the school year. This situation caused me to feel a great pity. Every student deserves the best.

The school is unable to purchase new uniforms for each student. Unlike urban schools, finances are ever more important here. Teacher donations are a vital source of funds but this is not sufficient. The teachers here put their best foot forward in trying to provide as comfortable a learning environment as possible. This made me want to try to help as best I can. These new uniforms will inject a renewed spirit to improve in their learning.


My target is for each of my students to have at least one new uniform. I am expecting for this project to be successfully completed after the mid-semester break, which is in March.

This project will help create a productive learning environment that will ensure students are successful during learning and teaching sessions. It is an important role of the teacher to create this conducive space. So, by receiving these new uniforms, I am confident that my students will be more motivated to learn. Indirectly, this will have an improvement in the students’ achievements

Sincerely,

Cikgu Khairul

***

Sekolah Kebangsaan Long Palai, Baram, Sarawak terletak kira-kira 8 jam perjalanan “off-road” dari Miri. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak kampung ini sahaja. Kebanyakan ibubapa/penjaga murid tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada sumber hasil bumi untuk menyara keluarga. Kebanyakannya adalah petani dan hanya sebilangan kecil ibubapa/penjaga yang mempunyai pekerjaan tetap.

Murid biasanya bergantung kepada bantuan awal persekolahan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membantu serba sedikit dalam menyiapkan diri untuk menghadapi sesi persekolahan. Namun bantuan yang diberikan ini memang tidak mencukupi dan kebanyakan keluarga mengalami kesukaran untuk menyediakan kelengkapan sekolah yang lengkap kepada anak-anak mereka.

Semua murid di sekolah ini seramai 41 orang yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan tinggal di asrama. Jadi tiada masalah kehadiran murid dan ketidakhadiran ini hanya berlaku apabila murid mengalami kesakitan atau ada urusan tertentu sahaja. Prestasi Zero ponteng di sekolah ini berada ditahap yang amat baik.

Pakaian seragam sekolah merupakan satu kewajipan yang harus diikuti oleh kesemua murid dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pakaian seragam yang kemas dan baik melambangkan keperibadian dan ciri-ciri seorang murid.

Mengajar dibumi pedalaman banyak mengajar saya erti bersyukur. Keadaan disini amat berbeza jika dibandingkan dengan situasi dibandar. Pakaian seragam baru bukanlah keutamaan mereka. Sekadar pakai apa yang ada. Lusuh dan koyak pemandangan biasa di awal tahun persekolahan. Perkara ini telah menimbulkan sedikit rasa kasihan di lubuk hati saya. Setiap murid berhak mendapatkan yang lebih baik.

Sekolah tidak mampu untuk menanggung untuk membeli pakaian baru untuk setiap murid. Mengajar sekolah pedalaman tidak sama sepertimana sekolah bandar. Kewangan merupakan isu yang sangat penting. Satu-satunya sumber kewangan untuk mengumpul dana adalah melalui sumbangan guru. Jadi, melalui duit sumbangan yang tidak seberapa ini, pihak sekolah cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid yang betul-betul tidak berkemampuan. Namun, masih tidak mencukupi. Guru-guru disini berusaha sedaya-upaya untuk menyediakan persekitaran yang selesa untuk murid terus belajar. Terdetik hati saya untuk membantu. Jadi, dengan adanya pakaian seragam baru akan terus menyuntik semangat murid untuk belajar dengan lebih baik.


Target saya ialah anak-anak saya mempunyai uniform baru sekurang-kurangnya sehelai seorang. Saya mengharapkan agar projek ini berjaya dilaksanakan selepas cuti pertengahan penggal 1 iaitu bulan Mac.

Saya menjangkakan projek ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif dan memastikan keberhasilan murid dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Amat penting untuk seorang guru mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. Jadi, melalui penerimaan uniform baru ini nanti, saya yakin bahawa murid akan lebih bersemangat dan lebih bermotivasi untuk belajar. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan pencapaian murid ke arah yang lebih baik.

Dengan ikhlas,

Cikgu Khairul

Budget

Back