BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

Students need funds to transform a room into a more conducive space for extra classess and group discussions

Read More
4
contributions
RM635
out of RM5,000 raised
33
days to go
Students need funds to transform a room into a more conducive space for extra classess and group discussions

Funds required / Dana diperlukan: RM 5,000

No. of students impacted / Bil. murid diimpak: 1573 students (whole school)

Name of school / Nama sekolah: SMK Pasir Putih, Pasir Gudang

State / Negeri: Johor

***Versi Bahasa Melayu di bawah***

SMK Pasir Putih at Pasir Gudang is a school with approximately 1500 students and 130 teachers. Most students here came from family with medium low socioeconomic status due to their parents’ lower income and education level. Students of our school are very dependent on the teachers to help them on their academic performances and co-curricular activities. Hence, majority of the students are lacking motivation and interest in their studies. Unfortunately, our enthusiastic teachers always face problems with the facilities and equipment provided by the school. Students do not have a conducive place for project and coursework discussion.

Teachers who wished to conduct extra classes do not have enough space and they are forced to use corridors and library rooms as a temporary solution. During our school meeting, the issues are often being discussed without a solution.


The committee members of PAK-21 (Pembelajaran Abad Ke-21)

The committees of PAK-21 (Pembelajaran Abad Ke-21), which were formed by a group of young teachers in the school are determined to mitigate the issue permanently. The committee board of 21st Century Learning was formed in year 2017 to create a cooperative and interactive learning process in my school. Our committees do not only aim to change students’ learning environment but also organize many programs and activities to students’ interest to learn. At the moment, we made two study corner in the school as extra spaces for the extra classes and discussions. In our current project, we have identified a PBS file room at one out of school blocks which is not being used since 4 years ago.

We wish to transform the room into PAK-21 room which will be a special space for students and teachers to carry out learning sessions, group discussion and revision in line with the 21st century learning concept.

The ideal study room for students needs to be comfortable and conducive for effective learning. I have a vision to transform PAK-21 room into a special space for students and teachers to carry out extra classes, group discussions and revision. To make the room comfortable for students and teachers, I want to install fan and air-cond so the room will not be stuffy even under hot weather. Then, I need to equip the room with LCD projector so teachers can carry out extra lessons easily with the help of technology, in line with 21st century learning concept. The PAK-21 room will be organized based on Japanese Home-style theme. Students will be seated on the carpeted floor and use hexagon shaped short tables in the room.

Hence, I need funds to buy air-cond, LCD projector and tables to make this happen.

A team of students will be chosen as the person in-charge of the room (12 students) with the requirement where they have to be interested in the business and arts sector. To ensure the room is well maintained with fund and develop students’ entrepreneurial skills, majority of students in-charge will be chosen from weaker classes. A business corner will be set up in the room with café style. Milo, coffee and other drinks will be prepared and sold after schooling hours. Print and photocopy service will also be available in this special room. From the services, students from weaker class get to learn some soft skills. They are not only in charge of the sales, their main responsibility is to assist the room users and help taking care of the room.

I want to inject the idea “for student, by student”, so their can learn about critical thinking and entrepreneurship skills.

I hope this room with the concept of “for students, by students” can be a guidance or role model to other schools in Pasir Gudang area. In the future, we to come out with a breakfast project which serves healthy food that cannot be found in school canteen. It will provide a different choice and encourage students to eat healthy. The income generated by the sales can be used to buy breakfast to those underprivileged students in the school.

We need your help to make this idea comes true. Your generosity makes us a step closer to have an ideal learning environment for our students!

Sincerely,

Cikgu Awang

***

SMK Pasir Putih di Pasir Gudang merupakan sebuah sekolah yang terdiri daripada lebih kurang 1500 pelajar dan 130 guru. Pelajar berlatar belakang sederhana rendah kerana tahap pendidikan dan pekerjaan ibu bapa yang bersifat sederhana. Pelajar di sini amat bergantung kepada bantuan dan bimbingan guru sama ada dari segi akademik dan kokurikulum. Maka, motivasi dan minat dalam kalangan majoriti pelajar di sini masih kurang memberangsangkan. Malangnya, guru yang bersemangat untuk mengendalikan sesi PdP dengan lebih cekap dan aktif sentiasa menghadapi masalah kekurangan fasiliti dan kelengkapan yang sesuai. Pelajar yang sering diberikan kursus/projek juga berhadapan dengan masalah kekurangan tempat yang sesuai untuk berbincang.

Guru yang berhasrat untuk menjalankan kelas bimbingan juga tidak mempunyai ruang yang mencukupi sehingga terpaksa berjalan di lobi sekolah dan juga bilik perpustakaan.

Apabila dalam perbincangan mesyuarat, isi 'ruang/tempat' sering dijadikan salah satu masalah yang hanya dibincang tetapi tiada penyelesaian. Ketika dalam mesyuarat jawatankuasa PAK-21 yang terdiri daripada guru-guru muda di sekolah, kami telah berhasrat untuk mengatasi masalah ini dengan selama-lamanya. Lagi satu isu ialah kekurangan keyakinan dalam kalangan pelajar aliran kemanusiaan (kelas hujung). Melalui pemerhatian, mereka sering berasakan diri mereka lemah dan kurang yakin kerana sering digelar 'Golongan Tak Pandai' yang tidak layak mendapat gaji tinggi. Mereka jarang mempunyai peluang untuk dilantik sebagai pengawas , pembantu pusat sumber ataupunAJK bagi persatuan/kelab atas sebab kelayakan. Tetapi, mereka sebenarnya mempunyai banyak potensi dalam bidang lain selain akademik. Kami berharap projek yang bakal kami laksanakan ini boleh melatih dan memberikan motivasi kepada pelajar yang dari kelas hujung untuk turut memikul tanggungjawab di sekolah dan bersama-sama untuk membantu guru dalam pembangunan sekolah. Mereka juga akan dilatih dan diasah dari kemahiran lain untuk meningkatkan bakat serta keyakinan mereka terhadap bidang lain.

Jawatankuasa Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah saya, iaitu SMK Pasir Putih ditubuhkan pada awal tahun 2017 untuk mewujudkan gaya pembelajaran yang bersifat koperatif dan interaktif. Jawatankuasa kami bukan sahaja mengubah persekitaran pembelajaran di dalam kelas malah mengendalikan pelbagai bengkel serta program bertujuan untuk menarik minat pelajar yang bertahap sederhana rendah terhadap pembelajaran. Buat tempoh masa sekarang, kami telah menjadikan dua sudut kosong sebagai ruang tambahan untuk sesi kelas tambahan/perbincangan. Untuk projek terbaru, kami telah mengenal pasti satu bilik fail PBS di blok Kemahiran/Teknikal yang telah lama tidak digunakan sejak 4 tahun dahulu.

Kami berhasrat untuk memanfaatkan bilik tersebut untuk menjadi bilik PAK-21 yang berperanan menjadi ruangan khas kepada pelajar dan guru untuk mengendalikan sesi PdPc berkonsepkan PAK-21, ruangan perbincangan kumpulan, serta tempat mengulang kaji pelajar.

Kami akan membersihkan bilik yang telah berhabuk dan kurang terurus dan membaik pulih dengan memasang kelengkapan yang sesuai seperti kipas dan pendingin hawa. Memandangkan bilik bertemakan HOMESTYLE PAK-21, dinding akan dicat warna putih dengan ditambah ayat-ayat motivasi, dan gambar kreatif. Dilengkapkan dengan komputer, LCD Projector, dan 5 meja hexagon yang menggalakkan perbincangan/aktiviti pembelajaran koperatif. Bilik ini tidak akan disediakan kerusi, pelajar akan duduk bersila di atas lantai bercarpet untuk memudahkan pergerakkan pelajar (style jepun). Satu pasukan pengawas bilik PAK-21 akan dipilih dalam kalangan pelajar (12 orang) dengan syarat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan beraliran kemanusiaan (kelas lemah). Untuk memastikan kos penyelenggaraan dan pemeliharaan bilik di samping mengasah kemahiran keusahawanan ,pengawas bilik ini yang majoriti terdiri daripada kelas hujung, satu sudut perniagaan akan disediakan di dalam bilik ini. Sudut ini bergaya 'cafe' dengan menyediakan perkhidmatan jualan milo, kopi, sandwich dan lain-lain yang mudah disediakan selepas waktu persekolahan. Perhidmatan Printing dan Photostate juga disediakan di bilik khas ini. Segala keuntungan akan digunakan sebagai tabung penyelenggaraan dan pemeliharaan bilik khas ini. Melalui jualan ini, kemahiran insaniah (softskills) pelajar yang beraliran lemah dapat turut diasah dan dilatih. Mereka bukan sahaja perlu menjalankan jualan, tugas utama mereka ialah membantu setiap pengguna dan memantau serta menjaga bilik khas ini.

Bilik ini akan 100% diuruskan oleh 4 orang guru (3 daripadanya ialah guru TFM yang secara sukarela untuk menjadikannya sebagai inisiatif untuk membangunkan kebajikan dan fasiliti pelajar). 4 orang guru ini akan melatih 12 pengawas dipilih supaya dapat memantau dan mengawas penggunaan bilik ini dengan sebaik mungkin. Mereka mungkin tidak cemerlang dari segi akademik, saya yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan dan kreativiti yang agak tinggi untuk mengendalikan bilik ini dengan baik.

Pada masa yang sama, konsep ‘daripada pelajar kepada pelajar’ ini boleh memupuk kemahiran berfikir secara kritis serta kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar tersebut untuk turut serta dalam bidang perniagaan pada masa depan.

Pada masa akan datang, dari segi cara pengurusan bilik, saya berhasrat untuk mengaturkan projek sarapan berkhasiat dengan menjual makanan sihat seperti salad, buah, dan oat yang tidak terdapat di kantin untuk memberikan satu lagi pilihan kepada pelajar di sekolah supaya dapat menggalakkan gaya pemakanan yang sihat di sekolah. Dengan keuntungan yang diperoleh, kami berhasrat untuk sedekahkan dan sediakan sarapan secara percuma kepada pelajar yang berlatar belakang serba kurang.

Dengan ikhlas,


Cikgu Awang

Budget

 
Loader
 
Loader
RM635
out of RM5,000 raised
4
contributions
33
days to go
Fund this project
Online
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2017-11-15 - 2018-01-14 (60 days)