BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

Dua Projektor LCD untuk seluruh warga sekolah

Read More
43
contributions
RM4,370
out of RM4,370 raised
0
seconds to go
Dua Projektor LCD untuk seluruh warga sekolah

Malay Version at the end / Versi Bahasa Malaysia di bawah

Funds required / Dana diperlukan: RM 4,370

No. of students impacted / Bil. murid diimpak: Approximately 750

Name of school / Nama sekolah: SK Bandar Baru Selayang (2)

State / Negeri: Selangor

*****

These are some of the students we teach and they're looking mighty sad because LCD ROSAK! :(

Trying to create the 21st century classroom, with use of LCD projectors is always interesting, creative and innovative when lesson such as English lessons, games, VLE FROG lesson, Science and Mathematic lessons are carried out.

With a LCD projector, classroom assignments activities and explanation can be shown immediately. Teachers will be able to show video clips, show images of things, be able to play educational games of which there are dozens available. Lessons and activities that are created on computers will be accessible to students quickly and clearly.

The LCD projector we are having right now is not capable of showing clear text and images and always faulty most of the time. These students are intelligent, curious and motivated. Your contribution to this project will help them be ready for the 21st century.

Our students staring at a blank whiteboard because LCD ROSAK!

Education in the 21st century largely revolves around our students being able to integrate new technology and timeless information. It also makes learning and teaching, fun and interesting for both teachers and pupils. Seeing the happiness and confidence in their eyes, their achievements and making a difference in their life have made both of us proud to be their teachers.

I am Puan Choo Kim Yok and my co-partner involved in this project is Cikgu Luqman Jauhari bin Muhaimin. Both of us are currently teaching in SK Bandar Baru Selayang (2). We are teachers from two different eras but our chemistry works! Both of us believe in bringing our pupils to greater heights. I am teaching English Language whereas Luqman is teaching Bahasa Arab an also an ICT teacher in school. Luqman is in his fifth year of teaching. I feel so blessed and fortunate to have a young and aspiring teacher like him with me. Besides his creativity, patience and motivational spirit shines out and he is always the pupils’ favourite teacher. Currently Luqman is pursuing his Master in Education(pedagogy) in UPSI. I am thrilled to announce that his success of using ICT technology in VLE FROG, Google application and teaching has brought immense interest to the pupils in learning and the many achievements both. My pupils are always looking forward to his teaching. As a result of this transformation to the 21st century learning has seen results. He is actively involved in ICT programmes both in the district and national level.

My school won several awards at district, state and international level. My school UPSR results came out one of the top schools in Gombak. To be precise, 5th placing. We won Story Telling competitions, Public Speaking and numerous others competitions both in district and national level. We are proud of our students and their commitments for bringing glory to the school.

Yes, it had been tough with the roller coaster education system. More obstacles each day with changes in education policies. As more frustrations and challenges pile in our plate, both of us would like to see a better education system. For me I want to improve the level of English in my school. Though will be retiring soon, the legacy must continue (which is why this project will be led by Luqman and applied under his account). Knowing that this platform exist has empowered both of us to continue what we want to do knowing that there are many out there who are passionate about helping kids.

We would like to raise funds for TWO LCD Projectors which will serve the whole school.

Please help contribute whatever you can to make this a reality.

Our students have been quite involved (and have a lot of fun posing for these cheeky pictures) in getting this project up and running and it would bring them so much joy and a great sense of achievement if we manage to raise the funds we need!

Sincerely,

Puan Choo & Cikgu Luqman


***

VERSI BAHASA MALAYSIA

Ini adalah sebahagian daripada pelajar yang diajar oleh kami dan mereka sangat berdukacita kerana LCD ROSAK! :(

Untuk mewujudkan bilik darjah abad ke-21, penggunaan LCD adalah perlu untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa menarik, kreatif dan inovatif seperti untuk pengajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan juga untuk penggunaan platform seperti VLE Frog.

Dengan projektor LCD, aktiviti dan tugasan di dalam kelas dan penjelasan boleh ditunjukkan dengan segera. Guru dapat menunjukkan klip video, menunjukkan imej yang berkaitan, dan bermain berpuluh-puluh permainan pendidikan yang boleh didapati sekarang. Pelajaran dan aktiviti yang dihasilkan menggunakan komputer dapat digunapakai oleh pelajar dengan cepat dan difahami dengan lebih jelas.

Projektor LCD yang dimiliki oleh sekolah sekarang tidak mampu menunjukkan teks dan imej dengan jelas dan kebanyakan waktu dalam keadaan rosak. Pelajar-pelajar kami pintar, ingin tahu dan bermotivasi untuk belajar. Sumbangan anda kepada projek ini akan membantu mereka bersedia untuk abad ke-21.

Pelajar-pelajar kami merenung papan putih kosong kerana LCD ROSAK!

Pendidikan abad ke-21 sebahagian besarnya memberi tumpuan dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat mengintegrasikan teknologi baru dan maklumat abadi. Ia juga menjadikan pembelajaran dan pengajaran seronok dan menarik untuk guru dan murid-murid. Melihat kebahagiaan dan keyakinan di mata mereka, pencapaian mereka dan perubahan yang telah kami hasilkan dalam kehidupan mereka membuat kami berdua bangga menjadi guru mereka.

Nama saya adalah Puan Choo Kim Yok dan rakan setugas saya yang terlibat dalam projek ini adalah Cikgu Luqman Jauhari bin Muhaimin. Kami sedang mengajar di SK Bandar Baru Selayang (2). Kami merupakan guru dari dua era yang berbeza tetapi kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan satu sama lain! Kami berdua percaya bahawa kami patut membawa pelajar kami ke tahap yang lebih tinggi. Saya mengajar Bahasa Inggeris manakala Luqman mengajar Bahasa Arab. Dia juga merupakan guru ICT di sekolah. Tahun ini merupakan tahun kelima menjadi guru untuk Luqman. Saya berasa sungguh bertuah dan bernasib baik kerana mempunyai seorang guru yang muda dan bercita-cita seperti dia berganding bahu dengan saya. Selain daya kreatifnya, kesabaran dan semangat motivasinya sentiasa menonjol dan dia merupakan guru yang menjadi kegemaran murid. Pada masa ini Luqman sedang mengikuti Ijazah Sarjana Pendidikan (pedagogi) di UPSI. Saya teruja untuk mengumumkan bahawa kejayaannya menggunakan teknologi ICT dalam VLE FROG serta pemakaian dan pengajaran Google telah membawa manfaat yang besar dalam melahirkan minat pembelajaran serta pencapaian dalam murid-murid. Murid-murid saya sentiasa gembira dan teruja apabila diajar oleh Cikgu Luqman. Hasil daripada perubahan ini kepada pembelajaran abad ke-21 ini, kami telah menyaksikan keputusan yang lebih baik di kalangan murid. Luqman terlibat secara aktif dalam program-program ICT di peringkat daerah serta kebangsaan.

Sekolah saya memenangi beberapa anugerah di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa. Untuk keputusan UPSR yang lepas, sekolah kami muncul salah sebuah sekolah terbaik di daerah Gombak. Kami mendapat kedudukan ke-5. Selain itu, kami menang dalam pertandingan bercerita, pidato dan banyak lagi pertandingan baik di peringkat daerah dan kebangsaan. Kami berbangga dengan pelajar-pelajar kami dan komitmen mereka untuk membawa nama baik kepada sekolah.

Walaubagaimanapun, amat sukar berada di bawah sistem pendidikan ini yang ada banyak suka dan dukanya. Setiap hari, lebih banyak cabaran perlu kami tempuhi dengan pelbagai perubahan dalam dasar pendidikan. Oleh kerana timbunan kekecewaan dan cabaran ini, kami berdua mahu melihat sistem pendidikan yang lebih baik. Bagi saya, saya mahu meningkatkan tahap bahasa Inggeris di sekolah saya. Walaupun akan bersara tidak lama lagi, perjuangan mesti diteruskan (itulah sebabnya projek ini akan diketuai oleh Luqman dan diletakkan di bawah akaun beliau). Mengetahui bahawa platform ini wujud telah memberi kuasa kepada kami berdua untuk meneruskan perjuangan kami, kerana sekarang kami tahu bahawa terdapat ramai pihak di luar sana yang berminat untuk membantu anak-anak muda.

Kami ingin mengumpul dana bagi DUA Projektor LCD yang akan digunapakai oleh seluruh warga sekolah.

Sila menyumbang apa sahaja yang anda boleh untuk membuat keinginan kami ini menjadi kenyataan.

Pelajar-pelajar kami melibatkan diri dengan aktif (dan telah banyak berseronok berlakon untuk gambar-gambar comel yang anda lihat di sini) untuk memastikan bahawa projek ini berjalan dengan lancar dan ia akan memberi mereka begitu banyak kegembiraan dan rasa puas hati jika kami berjaya mendapatkan dana yang diperlukan!

Yang ikhlas,

Puan Choo & Cikgu Luqman

Budget

2 units of Epson EB-W31 WXGA 3LCD 3200 ANSI Projector @ RM2,185 = RM4,370

 
Loader
 
Loader
RM4,370
out of RM4,370 raised
43
contributions
0
seconds to go
This campaign was successful and was funded in 2016-03-20
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2016-01-15 - 2016-03-20 (60 days)