BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

Recommended for Corporate CSR. For enquiries, please contact us at [email protected]

Read More
2
contributions
RM20
out of RM36,000 raised
0
seconds to go
Recommended for Corporate CSR. For enquiries, please contact us at [email protected]

Funds Needed: RM 36,000

Project Summary: This project intends to repair an existing tennis court to provide training space for SK Sungai Abong as well as other schools in Muar.

Project Beneficiaries: 700 students (whole school) + students from other schools in Muar

Project Duration: 1-2 months

Name of School: SK Sungai Abong

Teacher's name: Siti Sariyana Bt Mohd Sapian

Location: Muar, Johor

***Versi Bahasa Melayu di bawah***

PROJECT OVERVIEW:

SK Sungai Abong was built in 2001 and is a category B school, which is a rural school. The majority of parents are self-employed or have small businesses. However, these parents have an amazing collaborative spirit when it comes to supporting the programmes of the Parents Teachers and Staff Association (PIBG/PIBK) and the school.

The parents care a lot about their children’s education despite the financial constraints they have to contend with.

Financial impediments in executing various programmes notwithstanding, the unity and consensus among parents and teachers has enabled SK Sungai Abong to achieve numerous successes in academics, co curriculars and PIBG/PIBK programmes.

Among these is their attainment of the Ikon PIBK Terbaik (Best Parents and Staff Association Icon) award in all of Muar, Musolla state level champions, becoming the ICT hub for Frogasia and also becoming an Akademi Tunas Johor (Johor grassroots academy) training centre for football.

Currently, SK Sungai Abong wants to chart a path to become another hub, this time for tennis. The school already has an experienced and accredited coach. This year, their goal is to increase the school’s facilities and infrastructure to create more conducive and comfortable spaces.

The existing tennis court was built as part of the school. However, due to budget constraints, they have not been able to maintain it.

C:\Users\PC-18\Desktop\IMG_9389.jpg

This year, the parents and staff association have taken it upon themselves to raise funds externally to support the required costs to enable new tennis talent to be put forward. Their plan is to not only repair the weather damage suffered by the court over the years but to also bring the court up to International Tennis Federation standards.

For the time being, the entire district of Muar does not have a good enough tennis court to be made into a training centre. A list of existing tennis courts are located at:

  1. SK Sungai Abong (not maintained)
  2. Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (owned by PDRM)
  3. MRSM Muar (not maintained)
  4. Tanjung Emas (owned by Majlis Perbandaran Muar - not available for use)


With a proper court being made available at the school, other schools in the area will be able to also utilise the tennis court for training.

They already have had fresh talent representing Muar to the state level to attain third place.

They’ve identified that the costs for this project to be RM30,000. the teacher and staff association will also approach local companies, individuals, politicians and parents for additional contributions.

In the event that they are able to carry this project to completion, the schools in Muar will have a place for tennis training.

Their proposal to have their school as a central Tennis training hub for the whole district of Muar has received support from the Muar Education Department.

As the owner’s of the court, SK Sungai Abong will ensure that there is no abuse of the court when being used including preparing rules for court use that will be put up and distributed clearly. They are also guaranteed a 2 year warranty.

PROJECT OBJECTIVES:

  • To repair the existing court and bring it up to International Tennis Federation standards
  • To provide an ITF certified court for use by students in the whole district of Muar
  • To train students in Tennis and recreate the tennis culture in Muar that has since been lost (They used to have an active tennis club)


FOCUS AREAS:

Sports and Recreation (co-curriculum)

TARGET STUDENT OUTCOMES:

  • Engender an increase in the number of tennis players from Muar.
  • Enable the school to be a central training court for the whole of Muar.
  • deliver a generation equally capable in the field of academics as well as co curriculars.


***

GAMBARAN PROJEK:

Sekolah Kebangsaan Sungai Abong telah dibina sejak tahun 2001. SK Sungai Abong merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai Katergori B iaitu sekolah luar bandar. Majoriti ibu bapa hanya bekerja sendiri dan berniaga kecil-kecilan. Walaubagaimanapun semangat dan kerjasama ibu bapa di sini amat mengkagumkan kerana mereka sentiasa memberi kerjasama yang terbaik dalam setiap program yang dijalankan oleh Persatuan ibu bapa dan kakitangan (PIBK) / Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak sekolah.

Ibu bapa di SK Sungai Abong amat mengambil berat terhadap pembelajaran anak–anak mereka walaupun terdapat pelbagai kekangan sumber yang mereka hadapi.

Walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakan pelbagai program, hasil kesepakatan dan permuafakatan di antara ibubapa dan guru, SK Sungai Abong telah menempah pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga program-program PIBG/PIBK.

Antara kejayaan mereka ialah menjadi Ikon PIBK Terbaik peringkat Daerah Muar, Johan Musolla peringkat Negeri Johor, menjadi hub ICT bagi Frogasia dan merupakan pusat latihan Akademi Tunas Johor bagi bola sepak.

Kini, SK Sungai Abong ingin terus mengorak langkah untuk menjadikan sekolah mereka sebagai salah satu lagi hub iaitu dalam bidang sukan tenis. SK Sungai Abong juga telah mempunyai jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Pada tahun 2018, sasaran mereka adalah untuk meningkatkan pelbagai kemudahan dan prasarana di sekolah dan juga menceriakan kawasan sekolah supaya murid-murid dapat belajar dalam keadaan kondusif dan selesa.

Gelanggang tenis yang sedia ada telah didirikan di dalam kawasan sekolah. Walaubagaimanapun, gelanggang ini tidak diselenggara memandangkan pihak sekolah tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyelenggara gelanggang ini.

Pada tahun ini, pihak PIBK telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi menampung kos penyelengaraan dan sekaligus mencungkil bakat–bakat baru yang berpotensi untuk ditonjolkan dalam sukan tenis. Pelan mereka adalah untuk bukan sahaja membaik pulih kerosakan yang dialami gelanggang sejak pembinaan tetapi juga untuk menaik taraf gelanggang tersebut kepada piawaian International Tennis Federation.

Buat masa sekarang, daerah Muar tidak mempunyai gelanggang tenis yang baik untuk dijadikan pusat latihan. Senarai gelanggang tenis yang terdapat di sekitar daerah Muar ialah:

  1. SK Sungai Abong (tidak diselenggara)
  2. Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (hak milik PDRM)
  3. MRSM Muar (tidak diselenggara)
  4. Tanjung Emas (hak milik Majlis Perbandaran Muar - tidak dapat digunakan)


Dengan adanya gelanggang di SK Sungai Abong, sekolah–sekolah sekitar daerah Muar boleh turut menumpang untuk menjalankan latihan tenis.

Bakat–bakat baru sudah mula dicungkil sejak tahun lepas dan Daerah Muar telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Sukan MSSJ iaitu peringkat negeri.

Peruntukan yang diperlukan untuk menjayakan projek ini adalah sebanyak RM30,000.00. Selain 100% Project, PIBK SK Sungai Abong juga tengah berusaha mencari dana tambahan iaitu dari syarikat swasta berdekatan, orang perseorangan, ahli politik, dan sumbangan kecil dari ibu bapa.

Sekiranya projek ini berjaya, sekolah–sekolah Daerah Muar boleh menggunakan gelanggang ini untuk dijadikan tempat latihan dan cadangan mereka untuk menjadikan SK Sungai Abong sebagai Hub atau Pusat latihan Tenis telah dipersetujui oleh Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

Sebagai pemilik gelanggang ini, pihak SK Sungai Abong akan memastikan tiada court abuse semasa gelanggang digunakan termasuk menyediakan peraturan penggunaan gelangggang yang akan dipamerkan dan dihebahkan dengan jelas. Kami juga diberitahu jaminan atau warranty selama 2 tahun akan diberikan.

OBJEKTIF PROJEK:

  • Untuk membaik pulih gelanggang sedia ada dan menaik taraf kepada piawaian International Tennis Federation
  • Untuk menyediakan gelanggang tahap antarabangsa untuk penggunaan pelajar-pelajar seluruh Muar
  • Untuk melatih pelajar dalam sukan Tenis dan membangkitkan semula sukan tenis di Muar (Sebelum ini, daerah Muar pernah ada kelab tenis yang aktif)


FOKUS PROJEK:

Sukan dan Rekreasi (kokurikulum)

HASIL BAGI PELAJAR-PELAJAR:

  • Melahirkan lebih banyak atlet tenis Daerah Muar.
  • Menjadikan SK Sungai Abong sebagai Pusat Latihan Tenis Daerah Muar.
  • Melahirkan generasi berkemahiran dalam pelbagai bidang iaitu akademik dan ko-kurikulum.

Budget


 
Loader
 
Loader
RM20
out of RM36,000 raised
2
contributions
0
seconds to go
Online
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2018-03-13 - 2018-03-13 (1 day)