BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

Provide SK Sikamat with superior tools for hands-on coding and problem solving

Read More
0
contributions
RM0
out of RM2,900 raised
0
seconds to go
Provide SK Sikamat with superior tools for hands-on coding and problem solving

Funds Needed / Dana Diperlukan: RM2,900

No. of Students Impacted / Bil. murid diimpak: 700 (primary 4-6)

Name of School / Nama Sekolah: SK Sikamat, Seremban

State / Negeri: Negeri Sembilan

SK Sikamat is a national primary school located in Taman Pelangi, Sikamat in Seremban. Right now, we have 760 male students and 686 female students totalling to 1446. Our school also has 82 teachers. Most of our students live within 3 km of the school with most of them coming from middle-income families.

Teaching aids at SK Sikamat are insufficient. This is especially true for ICT teaching aids that are inadequate for the large number of students we have. Due to this, most of our teachers will have to conduct lessons in a one-way manner that is students listening to the teachers speaking. This manner of teaching results in many of the students quickly becoming bored and tired particularly when it comes to ICT know-how which requires a hands-on approach.

In order to further develop teaching and learning sessions in the subject of information technology, I have chosen the LEGO MINDSTORMS Education EV3 set to facilitate usage by the students. The set contains materials that supports lessons around STEM and computer science. The EV3 Intelligent Brick contained within the set is a programmable computer to control the function of a motor and receive feedback from sensors. Apart from that, this LEGO set, specifically, is used in state, national and international robotic competitions.

There are also a lot of internet resources surrounding this LEGO set. It will be easy for students to use since they can have Youtube video tutorials on it. This robotic set is very useful in education because it aids in cultivating thinking, innovation and design skills among students.

For the time being, my school is proposing to only acquire one LEGO set. One complete set costs RM2,900 from Sasbadi Learning Solutions Sdn Bhd which is the lowest cost available. With our limited school funds, we are still unable to afford this. Due to this, I would like to request funds from external sources in order to achieve this goal.

My proposed teaching methodology around the LEGO set will involve an LCD projector and computers. I will firstly project the instructions for using the LEGO software. Following this, groups of students will devise their own software commands and be able to see the results in the LEGO build. This will increase their creativity through problem-solving with the ability to see directly their efforts being showcased by the robot.

The set will be kept in a special room to ensure its safety from theft. It is also covered by a 1 year warranty.

I am hopeful that having the LEGO set will make classroom learning more fun. I see this project being able to increase our students’ interest in science and technological innovation and also facilitate teaching in the subject of science and technology.

My longer term vision is to be able to send a team to robotic competitions. I will also train other teachers who would be interested in using the LEGO set to ensure the continuance of the project in the event I am transferred elsewhere.

Sincerely,

Cikgu Mohammad

***

Sekolah Kebangsaan Sikamat atau nama ringkasnya SK Sikamat, merupakan sebuah Sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Taman Pelangi, Sikamat. Kini, SK Sikamat memiliki 760 pelajar lelaki dan 686 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1446 orang. Sekolah kami mempunyai seramai 82 orang guru. Kebanyakan daripada pelajar SK Sikamat tinggal di kawasan berhampiran dengan sekolah iaitu lebih kurang 3 kilometer daripada sekolah. Kebanyakan pelajar SK Sikamat berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana sahaja.

Kemudahan alat bantu mengajar di SK Sikamat kini tidak mencukupi. Khususnya dari segi kemudahan peralatan ICT yang tidak mencukupi disebabkan oleh pelajar yang terlalu ramai. Oleh itu kebanyakan guru menggunakan pengajaran satu hala sahaja iaitu guru mengajar dan murid mendengar. Pembelajaran satu hala menyebabkan para pelajar menjadi cepat berasa jemu dan bosan terutamanya dalam ilmu ICT yang memerlukan pengalaman secara hands-on.

Bagi menambah baik sesi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi maklumat, saya telah memilih set LEGO MINDSTORMS Education EV3 bagi memudahkan penggunaan oleh para pelajar. Set ini mengandungi bahan bagi membantu dalam pengajaran STEM dan sains komputer. EV3 Intelligent Brick yang terkandung dalam set ini merupakan sebuah komputer yang mampu diprogram bagi mengawal motor dan menerima maklum balas melalui sensor. Selain itu set LEGO ini khususnya, banyak digunakan untuk pertandingan robotik di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Terdapat juga banyak sumber rujukan di internet untuk menggunakan set LEGO ini. Oleh itu set ini mudah digunakan oleh para pelajar kerana terdapat banyak video tutorial mengenai set LEGO ini yang diterbitkan di Youtube. Set robotik ini sangat berguna dalam bidang pengajaran kerana ia dapat mencungkil kemahiran berfikir dan kemahiran rekacipta dalam kalangan pelajar.

Buat masa ini, sekolah saya bercadang untuk membeli satu set LEGO sahaja. Satu set yang lengkap ini berharga RM2900 iaitu harga terendah yang dibeli daripada syarikat Sasbadi Learning Solutions Sdn Bhd. Buat masa ini sekolah saya tidak mampu untuk membeli set peralatan tersebut kerana harganya di pasaran amat mahal dan peruntukan kewangan di sekolah saya agak terhad. Oleh itu, saya ingin memohon bantuan kewangan dari sumber-sumber luar supaya matlamat ini dapat dicapai.

Kaedah pengajaran yang saya akan gunakan ketika menggunakan set LEGO ini ialah dengan menggunakan peralatan ICT seperti LCD projector dan komputer. Dengan menggunakan LCD projector saya akan tayangkan dahulu kaedah mengaturcara dengan menggunakan perisian LEGO. Selepas itu setiap kumpulan akan menyambungkan perisian yang dibina oleh mereka pada set LEGO. Kemudian mereka akan melihat bagaimana pergerakan yang berlaku pada set LEGO tersebut. Kaedah ini dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan memberi mereka satu masalah untuk diselesaikan dan dapat melihat idea mereka secara langsung dipamerkan oleh robot tersebut.

Set LEGO akan disimpan di dalam satu bilik khas supaya set LEGO ini terselamat daripada kecurian. Set LEGO ini juga mendapat jaminan satu tahun.

Saya berharap dengan adanya set LEGO ini pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih menyeronokkan. Pelajar-pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Saya melihat projek ini dapat menyemai minat para pelajar di SK Sikamat terhadap bidang inovasi sains dan teknologi. Projek ini dapat memudahkan pengajaran guru di dalam kelas nanti khususnya dalam mata pelajaran sains dan teknologi.

Visi saya dalam masa jangka panjang ialah saya berharap dapat menghantar pasukan sekolah saya untuk menyertai pertandingan robotik nanti. Saya juga akan memberi latihan kepada guru-guru sekolah saya yang berminat dengan set LEGO ini. Hal ini supaya apabila saya berpindah ke sekolah lain, guru-guru di SK Sikamat dapat meneruskan projek ini nanti.

Dengan ikhlas,

Cikgu Mohammad

Budget

 
Loader
 
Loader
RM0
out of RM2,900 raised
0
contributions
0
seconds to go
This campaign did not reach the minimum RM2,900 2018-05-01 up and was not funded
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2018-03-02 - 2018-05-01 (60 days)