BETAAboutExploreStart a projectLupaLoginHelp
AboutExploreStart a project

Encourage native students to explore coding and IT through self-learning stations around the school

Read More
20
contributions
RM2,597
out of RM2,597 raised
3
days to go
Encourage native students to explore coding and IT through self-learning stations around the school

Funds required / Dana diperlukan: RM 2,597

No. of students impacted / Bil. murid diimpak: 64 students (whole school)

Name of school / Nama sekolah: SK Pengaraan, Nabawan

State / Negeri: Sabah



***Versi Bahasa Melayu di bawah***

"Simple school, small and friendly. Geographically isolated and in need of a channel for access and exploration."
SK Pengaraan is

geographically isolated from other communities and from the city. While they

are a down to earth and supportive community, the

underlying issue experienced here is the lack of a meaningful connection with

my students’ learning to their lives. Students here passively go through

schooling, without so much as a vision of their future. They see themselves as

passive containers dependent on the teachers to provide them with knowledge.

They are reluctant to think for themselves, and expressing thought is limited

due to their language differences with the language used in the school.

This mindset of contentment has been perpetuated through the generations, and it is an uphill battle to get students to see beyond their immediate surroundings.

"Despite being surrounded by nature, students here are always enthusiastic about technology."

Yet, I have observed that outside the classroom, students are still curious to learn about the things around them. I am strongly convicted that access to technology plays a huge part in getting students to tap into their potential and want more for themselves.

For now students have access to the school 1Malaysia laptops and the school internet connection. Both are laggy and slow, thus its use is limited, especially during lesson time. Furthermore, while the students have a lot of spare time to use technology outside schooling hours, the teachers can’t spend that equal amount of time monitoring the use of the laptops in the school computer room. There is no cellular connection in the village for broadband internet. Thus the only connection to the outside world, virtually, is through the school’s unreliable internet.

"Every kid is curious. All are natural learners. The key is to spark their curiosity and then watch the fireworks go.”

What if we can increase access for students to engage and explore technology while not adding too much to teachers’ workload?


I plan to increase access by getting more low-cost computers for our students. This comes in the form of Raspberry Pi computers, a credit-card sized computer that plugs into a computer monitor or TV, and uses a standard keyboard and mouse. It is a capable little device that enables people of all ages to explore computing, and to learn how to program in languages like Scratch and Python. It is also capable of the many things that your desktop PC does, like spreadsheets, word processing, browsing the internet, and playing games.

Sugata Mitra, in his TED talk introduced the idea of Self Organized Learning Environments (SOLE), where he believe learners will organize their on learning if we allow them to workout things on their own and provoke their curiosity with big questions.

My plan is to build 6 Pi Stations around the school. These stations would serve as free access area for students to explore the technology themselves and will not be added work for teachers. These Pi Stations would then serve as these SOLEs. The Raspberry Pi is relatively cheap compared to a traditional desktop or laptop, thus making it a feasible option to provide free use of the computer to students without much supervision. It is also small and portable to be made into access stations located outside classrooms and easily accessible areas in the school. The interface of the OS is simple enough for students to navigate and explore themselves.


I developed this idea after the success of setting up our school’s first Maker Lab. Currently the Maker Lab consists of a Raspberry Pi station, Arduino station, glue gun and soldering station. As a Science teacher, I've introduced Project Based Learning for Year 4, 5 and 6 pupils to learn about science concepts through making projects of their innovation and presenting them to teachers and students. Already,I'm working with teachers of other subjects to consider the prospect of working on projects and problem which incorporates various subject matter.

With this Pi Stations around the school, my second stage idea is to develop a gamified module for learning coding with the Pi Stations. By posing a series of challenges and rewarding achievement, like a game, students will complete certain coding missions to increase their score.

The foremost thing is to help students be friendly with technology, to familiarize themselves with the workings of a computer and to be able to navigate safely through the internet. The next vision is to empower them to be able to be creators, to develop them own games and express their ideas through various channels.

It is my vision that students would be empowered to make their own dreams come through. To learn about the possibilities from the internet and to expand their ideals. By offering this platform, it is hoped that they could be part of the advancing technological community worldwide and not be left out. I too hope that they would, in the future, be able to be agents of change in their local community, being inspired by other communities around the world.

Sincerely,

Cikgu Kang

***

SK Pengaraan merupakan sekolah yang terpencil di daerah Nabawan, Sabah. Para penduduk dan murid-murid terdiri daripada komuniti yang rendah diri dan saling meyokong. Namun demikian, isu yang dialami adalah kekurangan hubungan bermakna antara apa yang dipelajari dan hidup mereka. Murid di sini melalui pembelajaran secara pasif, dengan visi masa depan yang agak kabur. Mereka sangat bergantung pada guru-guru untuk membekalkan ilmu dan pengetahuan, serta jarang mempunyai keyakinan untuk berfikir untuk diri sendiri. Oleh kerana perbezaan bahasa ibunda serta bahasa rasmi yang digunakan di sekolah, murid-murid menghadapi kekangan dalam mengekspresikan fikiran mereka. Cara pemikiran sedemikian telah tersebar menuruni generasi dan untuk membantu murid-murid melihat menjangkaui persekitaran sekeliling mereka merupakan satu cabaran yang sukar.

Namun demikian, saya perhatikan bahawa di luar bilik darjah, muridmurid mempunyai ingin tahu yang tinggi terhadap benda-benda sekeliling mereka. Saya yakin bahawa dengan adanya akses kepada teknologi, potensi dan impiam mereka akan lebih menyerlah dan meluas.

Buat masa ini, murid-murid mempunyai akses kepada netbook 1Malaysia dan sambungan internet sekolah. Kedua-duanya lambat, dan oleh itu, kegunaannya terhad, terutamanya semasa pembelajaran dalam kelas. Walaupun murid-murid mempunyai banyak masa di luar waktu persekolahan untuk menggunakan teknologi tersebut, guruguru tidak mampu memantau penggunaan murid-murid di bilik komputer sekolah. Capaian selular telefon tidak terdapat di kawasan kampung dan sekolah, oleh itu, satu-satunya capaian kepada dunia luar adalah melalui internet sekolah yang tidak konsisten.

“Setiap kanakkanak mempunyai ingin tahu yang mendalam. Kuncinya adalah untuk menyalakan api ingin tahu ini, lalu melihatnya cemerlang”

Apakah kaedah untuk mempertingkatkan akses murid untuk menggunakan dan menerokai teknologi tanpa menambah kepada bebanan guru-guru?

Rancangan saya adalah untuk meningkatkan akses dengan memperolehi komputer kos rendah untuk murid-murid. Dengan menggunakan Raspberry Pi, sebuah komputer sekecil kad kredit yang boleh disambungkan pada skrin komputer dan menggunakan papan kekunci dan tetikus, komputer sedemikian boleh disediakan. Raspberry Pi merupakan sebuah peranti yang membolehkan orang ramai menerokai perkomputeran dan mempelajari pengaturcaraan dalam bahasa Python dan Scratch. Selain itu, perisian untuk kegunaan hari seperti penyediaan dokumen, melayari internet dan bermain permainan juga boleh laksanakan oleh sebuah Raspberry Pi.

Sugata Mitra, dalam ucapan TEDnya memperkenalkan idea Self Organized Learning Environments (SOLE), di mana beliau percaya bahawa pelajar akan mengatur pembelajaran mereka sendiri jika kita benarkan mereka dan mencetus ingin tahu mereka dengan soalansoalan besar yang menarik.

6 buah Pi Stations akan disediakan di kawasan sekolah. Pi Stations ini berfungsi sebagai kiosk akses bebas untuk murid-murid menerokai dan mempelajari teknologi secara berdikari. Kiosk-kiosk ini akan menjadi Self Organized Learning Environments di mana murid-murid sendiri akan mengurus dan menentukan arah pembelajaran mereka. Raspberry Pi juga jauh lebih murah berbanding komputer peribadi atau laptop yang biasa, lalu menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan bebas murid tanpa banyak pemantauan dari guru-guru. Ia juga kecil dan mudah dipasangkan di luar bilik darjah dan kawasan-kawasan yang mudah diakses oleh murid-murid. Di samping itu, antara muka sistem operasinya juga amat mudah untuk murid terokai sendiri.

Idea ini tercetus selepas memulakan Maker Lab pertama di sekolah saya. Buat masa ini, Maker Lab ini mengandungi sebuah stesen Raspberry Pi, stesen Arduino, stesen glue gun dan stesen pateri. Sebagai guru Sains, saya telah mempraktikkan Pembelajaran Berasaskan Projek kepada murid-murid tahap 2 untuk mempelajari konsep-konsep Sains melalui penghasilan projek-projek inovasi dan mempersembahkan hasil mereka kepada guru-guru, murid-murid dan para ibubapa. Seiring dengan itu, saya sedang bekerjasama dengan guru-guru mata pelajaran lain untuk merangka projek-projek yang mempunyai hubungkait dengan mata pelajaran masing-masing. Dengan adanya Pi Stations di sekitar kawasan sekolah, langkah seterusnya adalah untuk merangka satu modul gamified untuk mempelajari pengatucaraan dengan Pi Stations. Modul ini akan mengandungi cabaran-cabaran untuk murid selesaikan, lalu diberikan ganjaran atau skor seperti dalam permainan. Peringkat asasnya adalah untuk membantu murid-murid di sini untuk berasa selesa dengan teknologi dan mengetahui cara-cara mengendalikan sebuah komputer dan internet. Visi seterusnya adalah untuk membantu mengupayakan mereka untuk menjadi pencipta; menghasilkan permainan dan aplikasi mereka sendiri dan mengekpresikan idea-idea mereka melalui saluran-saluran yang sesuai.

Visi saya adalah untuk melihat murid-murid di sini mempunyai keupayaan untuk merealisasikan impian mereka, di samping memperluaskan impian tersebut dengan ekplorasi dan pendedahan luas. Dengan menyediakan teknologi murah tetapi berkuasa ini, adalah diharapkan mereka akan menjadi sebahagian komuniti teknologi yang sentiasa berkembang. Saya juga berharap mereka mampu menjadi agen perubahan untuk komuniti mereka sendiri dan membawa kemajuan kepada masyarakat mereka dengan usaha sendiri.

Dengan ikhlas,

Cikgu Kang

Budget

 
Loader
 
Loader
RM2,597
out of RM2,597 raised
20
contributions
3
days to go
This campaign was successful and was funded in 2017-10-22
Twitter 256 Tweet
Loader
Campaign period
2017-08-23 - 2017-10-22 (60 days)